Seronoknya Bermain

www.art.com

Masa kecil-kecil aku selalu pulang ke rumah dengan wajah yang comot dan baju yang kotor. Padang yang bising jadi sunyi sepi bila berkumandang azan maghrib di masjid tempat kami selalu mengaji. Ada yang hilang kasut dan ada juga yang hilang gigi.

Memang seronok bermain terutamanya dalam berkumpulan waktu zaman kecil dahulu. Bergaduh dan tarik muka pekara biasa. Esok lusa confirm berbaik semula.

Tapi bila meningkat dewasa sebahagian kita mungkin jarang bermain lagi. Lupa bagaimana rasa sakitnya terjatuh, betapa seronoknya ketawa berdekah-dekah dan bagaimana rasanya bila kita kalah atau menang.

Bermain dan bergembira bukan milik zaman kanak-kanak sahaja.

-Sri Pentas-