Berani


Dan dengan lantang aku berkata aku berani
kerana gunung-ganang sudah ku daki
lautan dalam telah ku renangi
dan hutan belantara sudah ku redahi

Hingga pada satu pagi
aku terpandang seorang gadis sunti
menunggang motorsikal di jalan yang sesak begini
aku pun menjadi malu sendiri
kerana aku sendiri tidak berani
menunggang motorsikal di kota metropolitan ini

Aduh!~ Mungkin aku tidak sebegitu berani

-Kuala Lumpur-