Mungkin kali ini
adalah untuk membuatnya dengan betul
walau dengan keadaan terpaksa sekalipun
biarpun hati liar ini menidakkan
dan tidak henti memberontak
Mungkin kali ini
adalah untuk membuatnya dengan betul
bagi menemui sesuatu yang lebih bererti
kerana aku ingin merebut peluang
menjadi hidup ini lebih terisi
Mungkin kali ini
adalah untuk membuatnya dengan betul
atas tiket kedewasaan
dan juga kesedaran
-Kuala Lumpur-