Di Tepi


Apabila diri terasa sepi
mencari teman sehidup-semati
janganlah tercari-cari
bertemu orang itu dan ini
cubalah lihat siapa di tepi

Kerana dia mungkin pilihan hati
dan bisa menjadi pasangan serasi
bila lebih mengenali

Jadi janganlah ternanti-nanti
menunggu sesuatu yang tak pasti
bila dia berada di tepi
sentiasa di sisi

-Kuala Lumpur-