Sungguh kita penat dan lelah
mencari jalan pulang
setelah sekian lama sesat di dalam pencarian
lalu kita pun bertemu tanpa dirancang
pada pertengahan jalan yang tidak keruan
takut buat kita menjadi teman
lalu kita pun memimpin tangan
meneruskan perjalanan yang berbalam-balam
Dan bila kita sudah ketemu jalan pulang
kau dan aku akan terpisah dipersimpangan jalan
dibawa takdir yang sudah ditentukan
namun apakah yang lebih manis dari ingatan
bahawa kau dan aku pernah memimpin tangan
berkongsi cerita dan impian
Jangan sesekali kau lupa
bahawa kita pernah memimpin tangan
demi mencari jalan pulang
-Kuala Lumpur-