Ilmu


Dia bertanya jika aku tahu
jika kawan itu mengguna ilmu
tak aku percaya perkara begitu
kerana mahu berjaya perlu lebih dari itu

Biar penuh pengetahuan di dada
timba pengalaman selagi ada
tata tertib baiklah dijaga
jangan mengenal putus asa
begitulah jika mahu berjaya

Kerana ilmu yang jahat
buat kita jadi sesat
bukannya lebih hebat

-Kuala Lumpur-