Maaf
Maaf buat kata yang tersasar
sungguh bukan niat untuk berkasar
kerana aku mahu kita sedar
jangan kita impikan yang besar
kerana hati ini gusar
takut ada duri yang menjalar
Biarlah kita berlegar-legar
mengambil waktu dan bersabar
-Kulim, Kedah-