Ada hadnya...

(ingatan buat Leena)
dipetik dari http://cebisanhidup.blogspot.com

Mana Leena? sudah lama aku tidak nampak kelibat dia.
Akhir sekali aku melihat gadis Miri itu dengan mata merah dan airmata

Aku ke meja officenya, barang-barangnya masih ada di atas meja,
semak dengan En. File dan Pn. Stationery. Ini bukan semak mengampu banyak kerja, kerana dia sememangnya banyak kerja

Aku fikir bila gadis setabahnya menangis, bukan bermakna dia sudah tidak lagi tabah, tetapi ia semestinya sesuatu yang melampau batas kesabarannya

Kita harus faham bahawa setiap manusia ada had kesabarannya

Leena telah berhenti kerja dan katanya menikmati hidup yang lebih baik