
Keretapi telah datang untuk menjemput ku pergi
pada destinasi baru dan misteri
aku mengharapkan ia tiba lewat
kerana aku mahu menunggu walaupun sesaat
demi membuat perhitungan yang tepat
Hakikatnya keretapi tidak menunggu
pada mereka yang ragu
dan aku tidak mahu lagi membuang waktu
mengharap sesuatu yang tidak tentu
Keretapi telah datang menjemput ku pergi
kerana tempat ku bukan di sini
-Kuala Lumpur-12.30 am