Beban yang ku tanggung tak pernah ku pujuk diri
bahawa sakit itu buat kita lebih mampan berdiri di kaki sendiri
sakitilah aku
kerana belum lagi aku jatuh rebah ke bumi
Dan jika aku jatuh sekalipun
kan ku bangun semula dengan tongkat doa
dan berdiri semula
-Kuala Lumpur-