
(Buat a)
Entah apa lagi bicara yang kau datangkan pada ku
setelah semalam ku sauhkan seribu harapan di kaki senja
lemparkan seribu satu pengabadian
lalu ku pulangkan rindu yang menanggis
datang dari sebalik hati ku yang pedih
Apakah yang lebih rahsia dari hati seorang gadis?
dan manusia tidak selalunya pemaaf
kerana itu tidak ku nampak kesempatan di situ
sekalipun aku mengalirkan airmata darah
tidak ku ketemu diri ku dalam hati mu
Dan mengapa kau masih bertanya khabar?
Apa yang kau cuba buktikan pada ku?
Walhal pada permulaan dari cerita terakhir kita
telah ku tinggalkan jejak mu
mengucup kasih akan hari mendatang
Adakalanya waktu
kau begitu menyesak perasaan ku
-Kuala Lumpur-