
Dingin air laut membasahi tubuh kita petang itu
dan hangat tubuh mu yang ku peluk
buat kita leka berdiri memandang garis terus
yang jauhnya tak tertentu jarak
tidak terduga mana hujungnya
Dan dalam kelekaan itu
aku rapatkan bisikan ditelinga mu
bahawa laut yang tiada sempadan itu
adalah cinta ku
-Kuala Lumpur-