Teman Hidup

Panas kopi yang ku hirup
pada petang yang redup
kita senang berbicara tentang hidup
dan dugaan yang tak pernah surut

kau yang bercinta dan putus di tengah jalan
aku yang cuba membina kembali kota cinta
buat kita merasa hidup seperti pusingan roda
ada suka dan duka

Lalu aku menyimpul sesuatu di hujung bualan
bahawa teman hidup itu
tidak aku pilih yang paling ku cinta
tetapi persefahaman untuk hidup bersama

Cinta buat hati terseksa
persefahaman buat kita dewasa

-Kuala Lumpur-