Tua Dari Usia


Tegur ibu ketika kami minum teh secawan dua
tentang wajah ku yang tampak tua dari usia
dibandingkan aku dgn kembar yang tampak muda
tanya ibu apa sebabnya

Tak aku tahu untuk berkata apa
tak sangka itu yang akan ditanya
kerana selalunya yang ditanya pekara yang sama
tentang sudah kah aku berpunya?

Lalu kata ibu
selalu dekatkan diri dengan tuhan
kerana Ia buat kita tenang

-Kuala Lumpur-