Telah kau ambil segalanya
dan tidak aku meminta semula
biarlah dendam mu meranapkan aku
jika itu bahagiakan mu
Dan tidak aku mengikut hati yang marah
kerana ia akan membuat aku parah
dan aku berlutut menyerah
memohon sinar yang cerah
Telah kau ambil segalanya
masih ku pohon maafkan semua
-Kuala Lumpur-