
Jangan dilekehkan kuasa imaginasi
kerana patinya membentuk aku kini
tugas membawa aku ke sana sini
kerana dulu angan ku ingin hidup begini
Dan kini aku pun berimaginasi
untuk menikmati hidup dengan hati yang murni
membongkar rahsia hidup yang misteri
kerana dunia lebih sekadar aku sendiri
Imaginasi membentuk aku kini
dan masa depan yang lebih baik nanti
-Kuala Lumpur-