
Kebiasaan membuat kita berdiri
disatu garisan selari
dan berpaling pada pilihan
hanya kerana terlalu takut
akan hilangnya keselesaan
Dan aku pun tidak mahu
menjadi terlalu takut
kerana pada satu detik waktu
aku sendiri tahu
ada sesuatu yang harus diubah
atas nama kebahagiaan
-Kuala Lumpur-