
Kita telah berpisah dan kembali bersama
namun kita kembali menyakiti sesama kita
dan kerap memaling muka kerana ada saja yang tak kena
bukan sekali dua
hingga aku sendiri tidak dapat mengira
Apa yang kita pelajari?
apabila sketsa ini berulang tanpa henti
meratah hati ku hari demi hari
hingga tiada lagi
Benarkah tiada apa yang kita pelajari?
kerana tengelam oleh ego sendiri
dari mencuba memperbaiki situasi
demi ketenangan hati
Mahukah kita mencuba
kali ini dengan sepenuh jiwa?
atau mengakhiri buat selamanya?
-Kuala Lumpur-