
Biarpun amarah ku mengunung
dek perasaan benci yang ku tanggung
kerana kau yang sengaja menduga sabar
seketika iman ku tersasar
tetapi ku kembali semula akan yang benar
Dan didetik yang menguji
aku cuba menyelami diri
menarik nafas sedalam ini
lalu hati kecil ku berbisik sepi
agar serahkan saja pada Ilahi
untuk menerima balasan mu nanti
Dalam hati kecil ku berteka-teki
mengapa harus kau buat begini...
-Kuala Lumpur-