
(Buat Z)
Jikalau kesilapan itu membuat kau lebih tahu
tentang apa yang kau mahu
jangan disesali dengan apa yang berlaku
Kerana mereka yang belajar dari kesilapan
akan bangkit dari kejahilan
dan menghirup erti kemanisan
Lalu kemanisan itu jatuh ke hati ku
dan aku tersenyum hanya dengan melihat mu
seperti ada sesuatu
yang tidak pula aku tahu
-Kuala Lumpur-