
Mungkin kali ini aku benar-benar bersedia
untuk mencoret sesuatu buat mu
maaf kerana mengambil waktu terlalu lama
meskipun kau mungkin tidak pernah menunggu
tetapi sungguh ia penting bagi ku
Berapa lamakah ia sudah berlalu?
untuk mencintai mu tetapi tidak bersama mu
mungkin ia lebih mudah begitu
kerana kata mu kepercayaan itu bertukar ragu
dan cinta mu tidak seperti dulu
Aduh...
mengapa harus kau pilih begitu
cuba aku memujuk dan menunggu
sungguh-sungguh aku merayu
tidak ku letak harga diri ku
kerana dalam mencintai mu
Walaupun pada satu ketika
kau pernah memalit luka yang sangat hiba
tapi aku memilih untuk melupakan saja
dan memberi peluang kedua
tetapi ianya tidak membuka mata
bahawa kau yang ku cinta
Sungguh aku benar-benar mencuba
dan kau berkali-kali mengatakan duka
membuat hati mu hitam untuk percaya
dan aku yang berkali-kali kecewa
oleh kata-kata mu yang hina
seperti aku ini langsung tidak bermakna
seperti aku tidak pernah kau cinta
Dan didalam situasi yang menguji
aku hanya mengharapkan agar kau terus berdiri
melindungi aku dari mereka yang membenci
bertahan dari mereka yang tidak mengerti
tapi sayangnya bukan itu yang terjadi
perpisahan kau pinta berkali-kali
dan aku menjadi hiba sendiri
Maka aku pun memilih jalan ku sendiri
memujuk hati....
-Kuala Lumpur-