Pengembara Waktu


(Buat J)

Kita adalah pengembara waktu
yang menyinggahi dari satu perhentian ke satu perhentian
kau dan aku berhenti dengan satu sapaan
yang membungakan keserasian

Dipersinggahan ini kita menuai kehidupan
dari satu musim ke satu musin yang amat melekakan
hakikatnya kita sama-sama memerlukan
namun tidak pula menglengkapi
kerana ada kekosongan yang tidak terisi
dan ia sungguh meruntun hati

Peralihan musim yang tidak kita tunggu
tanpa airmata dan kata-kata
kita memilih meninggalkan apa yang kita cipta
tanpa penyesalan dan curiga

Lalu...
kita sekali lagi menjadi pengembara waktu
melakar kisah yang baru
bersama rindu

-Kulim, Kedah-