
(Buat I)
Mungkin kita pernah menduga
inilah jalan ceritanya
bahawa kau adalah seorang ibu
dan isteri yang dicinta
Melihatmu...
seperti melihat keajaiban dan kebesaran-Nya
bahawa kau bakal memiliki sesuatu yang berharga
lebih dari segala-galanya
Esok ada tangan kecil yang kita genggam
dicurahi dengan kasih sayang
hingga akhir zaman
-Kuala Lumpur-