Berjalanlah Dengan Ku


(Buat I)

Berjalanlah dengan ku
melewati lorong ini
menemani ku ke jalan besar
kerana di situ adanya harapan
yang dapat aku sandarkan

Berjalanlah dengan ku
jika kau sudi
sungguh tiada apa yang dapat ku janji
kerana hati yang luka tidak seharusnya diberi
bila harapan sesamar mimpi

-Kuala Lumpur-