Reput


Bukankah telah aku tinggalkan jejak lama
setelah ku sandarkan harapan di jendela masa
mereput kepercayaan yang pernah ku bina
lalu roboh sekelip mata
hanya kerana kata

Maka janganlah lagi membentuk harapan
bila kata-kata tak seperti perbuatan
kerana telah ku telan segala kepayahan
demi mencari kekuatan

Tidak ku marah tidak ku benci
kerana kau yang tak pasti
apa dicari

-Kuala Lumpur-