aku bangun dengan tanda tanya
kerana kebiasaannya ku dengar lagu hiba
yang kau pasang ketika siap ke kerja
Maka apakah kesedihan itu
yang dapat ku rasa walaupun membisu
sungguh kau buat ku merasa ragu
akan apa yang kau mahu
Rumah ini sudah bisu tanpa suara
tiada kata tiada apa
sungguh payah aku melepaskan semua
hanya untuk kau mencipta bahagia
membina istana dan cinta
Jadi janganlah begitu
mempamer kesedihan di depan ku
kerana kata mu aku seperti batu
menghalang jalan yang kau tuju
kerana kita bukan yang kau mahu
- Kuala Lumpur-
4 Oct 2011