
(Buat sahabat yang dikasihi,
alyarham Eddy Sulaiman)
Siapakah yang lebih tahu
akan aturan hidup
dan jalan yang telah ditentu
jika bukan hanya Dia yang Esa
Maka hari ini kita pun menyambut berita
dengan mata merah dan tangan yang memohon
menelan kepahitan yang harus diredha
bahawa seorang teman telah meninggalkan kita
buat selama-lamanya
Al-Fatihah
doa dikirim tanda kasih sayang
meskipun jasad mu telah hilang
tapi tidak pada kenangan
- 20hb Nov 2011 -
Kuala Lumpur