Aku Biarkan Saja




Dia yang memutar belit apa yang nyata
melempar fitnah dan kesat kata-kata
berlindung dari manisnya muka
meski telah jauh aku melangkah
masih dicuba mencetuskan sengketa
aku berdiam saja...

Dia yang menunjuk-nunjuk apa miliknya
meninggalkan bukti untuk dipandang mata
pernah katanya dia berkuasa
mengusir aku tanpa belas rasa
hanya kerana aku menghalang jalannya
aku turutkan saja...

Dia yang tidak memulangkan apa yang dijanji
kerana katanya aku tak layak memiliki
entah kenapa dalam sungguh membenci
meskipun dia mendapat apa yang dihajati
aku biarkan saja...

Bukankah masa akan membongkar yang nyata
dan diam itu lebih bijaksana
rezeki itu pasti ada dengan usaha
dan sabar itu ada ganjarannya

Mungkin apa yang berlaku
adalah karma ku
atas dosa yang lalu

Dan apa yang menghalang
karma itu datang bertandang
dalam takdir mu?

-Bangsar-