Beberapa kali kita berbicara
akan hal-hal yang selalunya sama
tanpa jemu kita merungkaikan rasa
akan hati yang pernah di luka
dan bermula semula
Bukankah setiap kepahitan
diberikan ganjaran kemanisan
pada mereka yang bersabar?
Kerana dendam buat hati hitam
hidup menjadi tak tenang
buat kita hilang pendoman
- Kuala Lumpur-