copyright is the currency of creative economy
Pada kesempatan yang tak selalunya ada
aku tinggalkan kekawanan buat seketika
dan menuju laut menjelang senja
berseorangan sahaja
Aku pun berenang merentasi lautan
hingga kaki ku tak sampai dek dalam
dan antara rasa kegerunan dan ketaksuban
kerana takut lemas dan terpaku melihat indahnya alam
ia sebenarnya adalah satu perasaan yang menenangkan
Dan ketenangan itu pun membaluti ku dengan santun
mengubati luka yang masih berbaki
tak ku putus memohon pada Ilahi
untuk aku kuat berdiri kembali
Ku tinggalkan lautan senja
untuk aku sujud kepada-Nya
memohon cinta
- Tioman -