Janganlah disalah erti
rasa terkilan yang masih berbaki
bukan kerana siapa memiliki
tak ku benci tak ku menyalahi
Cuma
pada malam yang kau tidak lagi aku kenali
pada diam kata dan wajah yang tak beremosi
bila kata dilempar fitnah dan benci
oleh dia yang kau lebih percayai
Siapa yang menyangka
tahunan perkawanan
bukan hitungan kepercayaan
Maka
tiada apa lagi yang harus ku kata
kerana yang benar akan ketemu jalannya
yang tidak aku peduli bila
- Kuala Lumpur-