Janganlah dikata ini pengorbanan
bila keputusan dikaburi kepentingan
janganlah dikata ini pengorbanan
bila hanya mendengar cakap orang
Pengorbanan itu seharusnya ikhlas
bukan menyakiti tapi disakiti
kerana hati yang memberi
Janganlah dikata ini pengorbanan
bila ceteknya pengertian
-Kuala Lumpur-