Hari-hari
yang mendatang adalah sesuatu yang pasti
manusia
tewas dalam membilang bintang di dada langit
dan
itu sudah cukup membuktikan kebesaran Ilahi
hingga
menitisnya air dari kelopak mata
kerana
apabila diri kesepian
kita
sering berkata-kata dengan diri
mengimbau
rimbunan pengalaman
dalam
pekat keinsafan
Aku
mengerti dalam diam
pada
panas malam yang mula menjemput subuh hari
diri
sering berjuang mencari sesuatu yang tidak hakiki
hingga
kita lupa pada batas keterlaluan
yang
mengigit hati pada penyesalan hari
lalu
lahirlah pengakuan
mengiyakan
kebodohan diri yang empunya
lantas
bergemalah suara
di
hujung kelat rasa
Pada
malam seperti ini yang seringkali menjemput kesedaran
tika
aku kesepian di kamar dingin
dapat
ku rasa panas air mata ku
apabila
cinta Ilahi mengucup jiwa ku
- Kulim, Kedah -